Wednesday, 17 September 2014

Pergi

Aku cuma inginkan sekeping hati yang tabah
Untuk melupakan serta meninggalkan
Perkara yang mengubah aku
Aku cuma inginkan aku yang dulu
Aku inginkan hati yang terus tabah 
Dan mampu tersenyum
Kerana aku tahu
Masih ramai yang bakal mendampingi aku
Di luar sana nanti

Kau mengecewakan
Sungguh
Aku cukup terluka dengan kau
Kau menjengkelkan
Kau kena pergi

Jangan duduk dalam hati aku lagi